Langkau ke kandungan
7H6M Harbin Ice Festival — gambar 1 daripada 5

1 / 5

Luar Negara

7H6M Harbin Ice Festival

  • 7 hari, 6 malam
  • Bilik twin, triple atau single

Tentang pakej ini

Pakej percutian musim sejuk 7 Hari 6 Malam ke timur laut China ini membawa anda dari Beijing ke Shenyang, Jilin, Changchun dan Harbin untuk menyaksikan Festival Ais dan Salji Harbin, yang terbesar di dunia. Antara tarikan utama ialah Shenyang Imperial Palace, Sungai Songhua, Manchukuo Imperial Palace Museum, Sun Island Snow Sculpture Art Expo, Volga Manor, Ice and Snow World serta Central Avenue dan Sophia Square di Harbin. Menginap di hotel 4 bintang dengan penerbangan Malaysia Airlines.

Tarikan utama

  • Manchukuo Imperial Palace Museum: Tapak bersejarah yang pernah menjadi istana Maharaja Manchukuo. Pelancong boleh meneroka kawasan istana, taman dan bangunan bersejarah sambil mengagumi seni bina dan warisan budaya era Manchukuo.
  • Volga Manor: Rasai pengalaman budaya tradisional Rusia melalui seni bina, landskap dan suasana unik di Volga Manor.
  • Sun Island Snow Sculpture Art Expo: Nikmati keindahan arca salji gergasi yang menakjubkan di salah satu pameran arca salji terbesar di dunia.
  • Ice & Snow World Ice Sculpture Exhibition: Kunjungi festival ais dan salji terbesar di dunia yang menampilkan arca ais berwarna-warni serta pertunjukan cahaya yang memukau.

Termasuk dalam pakej

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel 6 malam bertaraf 4 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengah hari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut atur cara.
  • Tiket masuk tempat lawatan.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

Tidak termasuk

  • Insurans kembara (Travel insurance).
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, musim puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain daripada yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan untuk lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara-perkara lain selain daripada yang dinyatakan di dalam atur cara dan pakej termasuk.

Itinerari

  1. Hari 1

    Kuala Lumpur - Beijing - Shenyang (Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan awal pagi ke Beijing. Tiba di Beijing Daxing International Airport dan makan tengah hari di restoran tempatan. Seterusnya menaiki kereta api berkelajuan tinggi ke Shenyang. Bermalam di Shenyang.

  2. Hari 2

    Shenyang - Jilin (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Selepas sarapan, melawat Shenyang Imperial Palace dengan lebih 300 bangunan seni bina Manchu (ditutup pada hari Isnin), Zhang's Mansion yang menggabungkan seni bina Barat dan tradisional China, serta Shenyang Zhongjie, pusat komersial berusia hampir 400 tahun. Di Jilin, bersiar-siar di sekitar Sungai Songhua untuk menikmati pemandangan malam dan jambatan-jambatannya. Bermalam di Jilin.

  3. Hari 3

    Jilin - Changchun (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Selepas sarapan, bersiar-siar di Changbai Island untuk melihat beribu-ribu burung dan itik liar, serta melawat Manchu Folk Museum (ditutup pada hari Isnin). Seterusnya ke Changchun dan singgah di The Hill Mall. Bermalam di Changchun.

  4. Hari 4

    Changchun - Harbin (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Selepas sarapan, melawat Manchukuo Imperial Palace Museum dan The Eight Departments of Manchukuo, bekas pusat pentadbiran kerajaan boneka Manchukuo. Seterusnya ke Harbin untuk melawat Sun Island International Snow Sculpture Art Expo, taman bertema salji terbesar dan terawal di China. Bermalam di Harbin.

  5. Hari 5

    Harbin (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Selepas sarapan, menyaksikan aktiviti renang musim sejuk dan melawat Volga Manor yang menampilkan seni bina dan budaya Rusia. Pada waktu malam, melawat Ice and Snow World Ice Sculpture Exhibition dengan arca ais dan salji berlampu serta pelbagai aktiviti musim salji. Bermalam di Harbin.

  6. Hari 6

    Harbin - Beijing (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Selepas sarapan, berfoto di Sophia Square, bersiar-siar di Central Avenue yang bersuasana Eropah, Harbin Flood Control Memorial Tower, Middle East Railway Bridge Glass Walkway dan Laodaowai Chinese Baroque yang dipenuhi kedai, kafe dan restoran tradisional. Seterusnya ke Beijing. Bermalam di Beijing.

  7. Hari 7

    Beijing - Kuala Lumpur (Sarapan Pagi)

    Menaiki penerbangan pagi pulang dan tiba di Kuala Lumpur.

Harga seorang

JenisHarga
Dewasa Twin2 dewasa sebilikRM 6,090
Dewasa Triple3 dewasa sebilikRM 6,090
Single1 dewasa, bilik sendiriRM 7,190
Kanak-kanak TwinSebilik dengan 1 dewasaRM 6,090
Kanak-kanak dengan katilKatil tambahan, sebilik dengan 2 dewasaRM 5,785
Kanak-kanak tanpa katilTiada katil sendiri, sebilik dengan 2 dewasaRM 5,481
Bayi0–2 tahunRM 400

Harga termasuk tiket penerbangan. Oleh kerana tambang penerbangan sentiasa berubah, ini ialah harga permulaan — kami akan mengesahkan harga akhir apabila anda menghubungi kami.

Borang Tempahan

Isi borang ini untuk menempah tempat. Tiada bayaran dikenakan sehingga tempahan anda disahkan oleh pasukan kami.

Butiran anda

Perjalanan anda

Bilangan peserta

Pilih bilangan orang untuk setiap jenis harga.

  • Dewasa Twin

    RM 6,090 seorang · 2 dewasa sebilik

  • Dewasa Triple

    RM 6,090 seorang · 3 dewasa sebilik

  • Single

    RM 7,190 seorang · 1 dewasa, bilik sendiri

  • Kanak-kanak Twin

    RM 6,090 seorang · Sebilik dengan 1 dewasa

  • Kanak-kanak dengan katil

    RM 5,785 seorang · Katil tambahan, sebilik dengan 2 dewasa

  • Kanak-kanak tanpa katil

    RM 5,481 seorang · Tiada katil sendiri, sebilik dengan 2 dewasa

  • Bayi

    RM 400 seorang · 0–2 tahun

Tiada bayaran dikenakan sehingga tempahan disahkan.

Kami hanya akan menggunakan maklumat anda untuk menguruskan permohonan tempahan ini. Baca notis privasi

WhatsAppTelefon