Langkau ke kandungan
6H4M Tokyo + Mt. Fuji + Tulip Season — gambar 1 daripada 5

1 / 5

Luar Negara

6H4M Tokyo + Mt. Fuji + Tulip Season

  • 6 hari, 4 malam
  • Bilik twin, triple atau single

Tentang pakej ini

Pakej percutian 6 Hari 4 Malam ke Jepun pada musim bunga tulip ini membawa anda ke Gunung Fuji dan Tokyo. Selain Mt Fuji 5th Station, Lake Kawaguchi dan Oshino Hakkai, peserta akan melawat Yamanakako Hananomiyako Flower Park untuk melihat bunga tulip dan nemophila yang mekar, Gotemba Premium Outlet, Masjid Camii Shibuya, Asakusa, Akihabara dan Shibuya Crossing, dengan Tokyo Subway Pass 48 jam serta masa bebas di Tokyo. Penerbangan dengan Malaysia Airlines.

Tarikan utama

  • Mount Fuji: Melawat Mt Fuji 5th Station, stesen paling popular bagi pengunjung untuk melihat keindahan Gunung Fuji.
  • Oshino Hakkai: Perkampungan kecil di antara Lake Kawaguchi dan Lake Yamanaka, terkenal dengan 8 buah kolam jernih seperti cermin.
  • Asakusa: Sangat terkenal dengan pintu gerbang merah Kaminarimon yang terdapat tanglung besar dibina sejak 1000 tahun dahulu, dan Sensoji Temple yang dibina pada kurun ke-7.
  • Yamanakako Hananomiyako Flower Park: Taman bunga yang boleh dilawati sepanjang tahun dengan musim bunga berbeza. Di sini peserta akan melihat bunga tulip dan nemophila yang mekar berkembang pada pertengahan April.

Termasuk dalam pakej

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengah hari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut atur cara.
  • Tiket Tokyo Subway Pass 48 jam.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

Tidak termasuk

  • Aktiviti atau lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam atur cara seperti Disneyland, DisneySea Tokyo, Sea Life Park dan Legoland Discovery Center.
  • Insurans kembara (Travel insurance).
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, musim puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain daripada yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan untuk lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara-perkara lain selain daripada yang dinyatakan di dalam atur cara dan pakej termasuk.

Itinerari

  1. Hari 1

    Kuala Lumpur - Narita

    Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan malam ke Narita.

  2. Hari 2

    Narita - Mt. Fuji (Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Tiba di Narita International Airport dan terus ke Mt Fuji 5th Station, stesen paling popular dan mudah diakses di Gunung Fuji. Seterusnya ke Masjid Fujikawaguchiko di tepi Tasik Kawaguchi, Lake Kawaguchi dengan pemandangan Gunung Fuji, dan Oshino Hakkai dengan 8 buah kolam jernih terbentuk daripada letusan lava Mt. Fuji. Bermalam di Fuji.

  3. Hari 3

    Fuji - Gotemba - Tokyo (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Selepas sarapan, membeli-belah di Gotemba Premium Outlet yang menyediakan ruang solat, dan melawat Yamanakako Hananomiyako Flower Park untuk melihat bunga tulip dan nemophila yang mekar. Di Tokyo, melawat Masjid Camii Shibuya bergaya seni bina Uthmaniyyah dan Shinjuku Godzilla Head setinggi 12 meter. Bermalam di Tokyo.

  4. Hari 4

    Tokyo (Sarapan Pagi / Makan Malam)

    Lawatan bandar Tokyo menaiki subway bersama pemandu pelancong menggunakan Tokyo Subway Pass 48 jam. Melawat Asakusa dengan pintu gerbang Kaminarimon, Nakamise Street dan Sensoji Temple, bersolat di Masjid As-Salam Okachimachi, membeli-belah di Ueno Ameyoko Street dan Akihabara, serta berfoto di Shibuya Crossing. Bermalam di Tokyo.

  5. Hari 5

    Tokyo - Aktiviti Bebas (Sarapan Pagi)

    Hari bebas untuk aktiviti sendiri menggunakan Tokyo Subway Pass 48 jam, seperti ke Tokyo Disneyland dan DisneySea, Sea Life Park, Legoland Discovery Center atau Odaiba dengan Odaiba Beach dan Rainbow Bridge (tiket masuk dan pengangkutan tidak termasuk). Bermalam di Tokyo.

  6. Hari 6

    Tokyo - Narita - Kuala Lumpur

    Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang dan tiba di Kuala Lumpur pada petang yang sama.

Harga seorang

JenisHarga
Dewasa Twin2 dewasa sebilikRM 6,290
Dewasa Triple3 dewasa sebilikRM 6,290
Single1 dewasa, bilik sendiriRM 7,290
Kanak-kanak TwinSebilik dengan 1 dewasaRM 6,290
Kanak-kanak dengan katilKatil tambahan, sebilik dengan 2 dewasaRM 6,290
Kanak-kanak tanpa katilTiada katil sendiri, sebilik dengan 2 dewasaRM 5,661
Bayi0–2 tahunRM 400

Harga termasuk tiket penerbangan. Oleh kerana tambang penerbangan sentiasa berubah, ini ialah harga permulaan — kami akan mengesahkan harga akhir apabila anda menghubungi kami.

Borang Tempahan

Isi borang ini untuk menempah tempat. Tiada bayaran dikenakan sehingga tempahan anda disahkan oleh pasukan kami.

Butiran anda

Perjalanan anda

Bilangan peserta

Pilih bilangan orang untuk setiap jenis harga.

  • Dewasa Twin

    RM 6,290 seorang · 2 dewasa sebilik

  • Dewasa Triple

    RM 6,290 seorang · 3 dewasa sebilik

  • Single

    RM 7,290 seorang · 1 dewasa, bilik sendiri

  • Kanak-kanak Twin

    RM 6,290 seorang · Sebilik dengan 1 dewasa

  • Kanak-kanak dengan katil

    RM 6,290 seorang · Katil tambahan, sebilik dengan 2 dewasa

  • Kanak-kanak tanpa katil

    RM 5,661 seorang · Tiada katil sendiri, sebilik dengan 2 dewasa

  • Bayi

    RM 400 seorang · 0–2 tahun

Tiada bayaran dikenakan sehingga tempahan disahkan.

Kami hanya akan menggunakan maklumat anda untuk menguruskan permohonan tempahan ini. Baca notis privasi

WhatsAppTelefon