
1 / 4
6H4M Dubai Flexi
Tentang pakej ini
Pakej percutian fleksi 6 Hari 4 Malam ke Dubai dengan tiga hari bebas untuk aktiviti sendiri. Lawatan berpemandu termasuk Dubai Frame, Museum of the Future, Burj Khalifa, Dubai Mall dan Fountain Show, Burj Al Arab, Jumeirah Beach, Palm Jumeirah dan Atlantis The Palm serta Mall of the Emirates, dengan menaiki bot tradisional Abra di Dubai Creek. Penerbangan dengan Emirates.
Tarikan utama
- Dubai Frame: Bergambar di mercu tanda ikonik berbentuk bingkai gambar keemasan setinggi 150 meter yang terletak di antara kawasan Old Dubai dan New Dubai.
- Museum of the Future: Binaan ikonik berbentuk oval berwarna perak yang dikelilingi tulisan khat Arab.
- Dubai Mall & Fountain Show: Membeli-belah di antara pusat beli-belah terbesar di dunia yang turut menempatkan Dubai Aquarium, dan menikmati persembahan Fountain Show di kolam Dubai Mall.
- Burj Khalifa: Menara ikon dunia setinggi 828m dan diiktiraf menara tertinggi di dunia. Tetamu boleh menempah lawatan tambahan At the Top ke tingkat 124 untuk menikmati panorama kota Dubai.
Termasuk dalam pakej
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel dan makan malam sepanjang lawatan mengikut atur cara.
- Pengangkutan Abra Water Taxi.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional.
- Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
Tidak termasuk
- Aktiviti atau lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam atur cara.
- Harga lawatan tambahan (pilihan): At The Top Burj Khalifa USD71 seorang, Dubai Aquarium & Underwater Zoo USD57 seorang, Dubai Frame USD18 seorang.
- Insurans kembara (Travel insurance).
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, musim puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain daripada yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan untuk lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara-perkara lain selain daripada yang dinyatakan di dalam atur cara dan pakej termasuk.
Itinerari
- Hari 1
Kuala Lumpur - Dubai
Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Dubai. Setibanya, bergambar di Dubai Frame dan Museum of the Future, membeli-belah barangan kulit di Leather Shop dan bergambar di Burj Khalifa. Masa bebas di Dubai Mall dan menikmati persembahan Fountain Show. Bermalam di Dubai.
- Hari 2
Dubai - Hari Bebas (Sarapan Pagi)
Hari bebas untuk aktiviti sendiri. Bermalam di Dubai.
- Hari 3
Dubai - Hari Bebas (Sarapan Pagi)
Hari bebas untuk aktiviti sendiri. Bermalam di Dubai.
- Hari 4
Dubai - Hari Bebas (Sarapan Pagi)
Hari bebas untuk aktiviti sendiri. Bermalam di Dubai.
- Hari 5
Dubai - Kuala Lumpur (Sarapan Pagi)
Selepas sarapan, bergambar di Burj Al Arab di persisiran Jumeirah Beach dan menikmati panorama Palm Jumeirah serta Atlantis The Palm. Masa bebas membeli-belah di Mall of the Emirates yang menempatkan Ski Dubai. Kemudian bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan malam pulang ke Kuala Lumpur.
- Hari 6
Tiba di Kuala Lumpur
Tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur.
Harga seorang
| Jenis | Harga |
|---|---|
| Dewasa Twin | RM 3,090 |
| Dewasa Triple | RM 3,090 |
| Single | RM 4,090 |
| Kanak-kanak Twin | RM 3,090 |
| Kanak-kanak dengan katil | RM 2,935 |
| Kanak-kanak tanpa katil | RM 2,781 |
| Bayi | RM 400 |
Harga termasuk tiket penerbangan. Oleh kerana tambang penerbangan sentiasa berubah, ini ialah harga permulaan — kami akan mengesahkan harga akhir apabila anda menghubungi kami.
Borang Tempahan
Isi borang ini untuk menempah tempat. Tiada bayaran dikenakan sehingga tempahan anda disahkan oleh pasukan kami.






