
1 / 4
6H4M Beijing 3 Cities + Panoramic Train
Tentang pakej ini
Pakej percutian 6 Hari 4 Malam ini membawa anda menjelajah tiga bandar di utara China, iaitu Beijing, Tangshan dan Tianjin, dengan pengalaman menaiki kereta api bertema. Pengalaman kemuncak termasuk persembahan pentas Tang Wang's Eastern Expedition di Tangshan Hetou Old Street, seni bina Eropah di Italian Style Street Tianjin, kereta api panoramik Jinglu Shiguang ke Beijing, Kota Larangan, kereta api S2 ke Tembok Besar Badaling serta aktiviti memetik buah.
Tarikan utama
- Tianjin Fantasy Express Tourist Train: Rasai pengalaman travel through time menaiki kereta api bertema dengan persembahan, gerabak unik dan aktiviti interaktif, sambil mengenali budaya serta warisan tradisional Tianjin.
- Tianjin Eye: Berhenti bergambar di mercu tanda ikonik bandar Tianjin yang terletak di atas Sungai Haihe, sambil menikmati pemandangan panoramik bandar.
- Tang Wang's Eastern Expedition Performance: Pertunjukan pentas berskala besar yang menggabungkan sejarah, budaya dan seni persembahan, menghayati kisah ekspedisi Tang Wang dalam suasana yang dramatik dan mengagumkan.
- Tangshan Hetou Old Street: Nikmati suasana bersejarah dengan seni bina tradisional, deretan kedai dan pelbagai tarikan budaya tempatan, sesuai untuk bergambar dan bersiar-siar.
Termasuk dalam pakej
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel, makan tengah hari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut atur cara.
- Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih dan profesional.
- Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
Tidak termasuk
- Insurans kembara (Travel insurance).
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, musim puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain daripada yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan untuk lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara-perkara lain selain daripada yang dinyatakan di dalam atur cara dan pakej termasuk.
Itinerari
- Hari 1
Kuala Lumpur - Beijing
Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk penerbangan lewat malam ke Beijing.
- Hari 2
Beijing - Tangshan (Makan Tengah Hari / Makan Malam)
Setibanya di Beijing, perjalanan diteruskan dengan bas ke Tangshan. Peserta menyaksikan Tang Wang's Eastern Expedition, persembahan pentas berskala besar tentang sejarah dan budaya Dinasti Tang, dan bersiar-siar di Tangshan Hetou Old Street yang terkenal dengan suasana tradisional dan bangunan bersejarah. Bermalam di Tangshan.
- Hari 3
Tangshan - Tianjin (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)
Selepas sarapan, perjalanan dengan bas ke Tianjin. Peserta bersolat di Masjid Tianjin yang menggabungkan seni bina tradisional Cina dengan elemen Islam, kemudian menjelajah Italian Style Street dan Five Avenues yang bersuasana Eropah. Berhenti bergambar di Porcelain House, membeli-belah di Xiaobailou dan bergambar di Tianjin Eye, roda pemerhatian ikonik di atas Sungai Haihe. Bermalam di Tianjin.
- Hari 4
Tianjin - Beijing (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)
Selepas sarapan, peserta menaiki kereta api panoramik Jinglu Shiguang dari Tianjin ke Beijing sambil menghayati landskap sepanjang perjalanan. Lawatan diteruskan ke Kota Larangan (Forbidden City), kompleks istana diraja Dinasti Ming dan Qing, termasuk menaiki bas ulang-alik melalui Shenyu Gate. Peserta bersolat di Masjid Hui Muslim Beijing. Bermalam di Beijing.
- Hari 5
Beijing (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)
Selepas sarapan, peserta menaiki S2 Train, dikenali sebagai Train to Spring, ke Tembok Besar Badaling, salah satu bahagian Great Wall of China yang paling terkenal (kereta kabel tidak termasuk). Seterusnya menikmati aktiviti memetik buah mengikut musim seperti strawberi, sebelum membeli-belah cenderamata di Hongqiao Market. Bermalam di Beijing.
- Hari 6
Beijing - Kuala Lumpur
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dan tiba di KLIA Terminal 1.
Harga seorang
| Jenis | Harga |
|---|---|
| Dewasa Twin | RM 3,490 |
| Dewasa Triple | RM 3,490 |
| Single | RM 4,190 |
| Kanak-kanak Twin | RM 3,490 |
| Kanak-kanak dengan katil | RM 3,490 |
| Kanak-kanak tanpa katil | RM 3,141 |
| Bayi | RM 400 |
Harga termasuk tiket penerbangan. Oleh kerana tambang penerbangan sentiasa berubah, ini ialah harga permulaan — kami akan mengesahkan harga akhir apabila anda menghubungi kami.
Borang Tempahan
Isi borang ini untuk menempah tempat. Tiada bayaran dikenakan sehingga tempahan anda disahkan oleh pasukan kami.






