Langkau ke kandungan
11H9M Spain + Portugal + Morocco — gambar 1 daripada 5

1 / 5

Luar Negara

11H9M Spain + Portugal + Morocco

  • 11 hari, 9 malam
  • Bilik twin, triple atau single

Tentang pakej ini

Pakej percutian 11 Hari 9 Malam menyusuri jejak sejarah Islam di Andalusia dan Maghribi. Peserta akan melawat Madrid dan Stadium Santiago Bernabéu, Toledo, Lisbon di Portugal, Seville, Masjid Cordoba, Istana Alhambra di Granada, kemudian menyeberangi Selat Gibraltar dengan feri ke Tangier, Rabat, Masjid Hassan II di Casablanca dan Jemaa el-Fnaa di Marrakesh. Penerbangan dengan Turkish Airlines.

Tarikan utama

  • Alhambra Palace: Mercu tanda utama di Granada dan bukti kebesaran pemerintahan Islam di Sepanyol ratusan tahun dahulu. Asalnya kubu pertahanan abad ke-9 sebelum ditukar menjadi istana pada kurun ke-11.
  • Cordoba Mosque: Masjid yang pernah antara terbesar di Eropah, kemudian dijadikan gereja. Kesan masjid masih jelas termasuk ukiran ayat Al-Quran di dinding, menara dan mihrab.
  • Las Rozas Village Outlet: Pusat beli-belah mewah di pinggir Madrid dengan pelbagai butik jenama antarabangsa pada harga diskaun dalam suasana seperti kampung bergaya.
  • Kasbah of the Udayas: Tapak bersejarah abad ke-12 yang terkenal dengan seni bina tradisional Maghribi, lorong-lorong tenang serta pemandangan Sungai Bou Regreg dan Lautan Atlantik.

Termasuk dalam pakej

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel dan makan malam sepanjang lawatan mengikut atur cara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Tiket feri dari Tarifa ke Tangier.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan Alhambra Palace dan Cordoba Mosque.

Tidak termasuk

  • Insurans kembara (Travel insurance).
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, musim puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain daripada yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan untuk lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara-perkara lain selain daripada yang dinyatakan di dalam atur cara dan pakej termasuk.
  • Urusan permohonan visa (perlu dilakukan oleh agen pelancongan sendiri).

Itinerari

  1. Hari 1

    Kuala Lumpur - Istanbul - Madrid

    Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Madrid (transit di Istanbul). Bermalam di Madrid.

  2. Hari 2

    Madrid (Sarapan Pagi / Makan Malam)

    Selepas sarapan, lawatan bandar Madrid dan berfoto di Plaza de Espana serta Royal Palace, Gran Via, Cibeles Fountain dan Neptune Fountain. Masa bebas di Puerta del Sol dan Plaza Mayor, melawat Las Ventas Bullring, berfoto di Santiago Bernabéu Stadium dan bersolat di Madrid Central Mosque. Seterusnya membeli-belah di Las Rozas Village Outlet. Bermalam di Madrid.

  3. Hari 3

    Madrid - Toledo - Elvas (Sarapan Pagi / Makan Malam)

    Selepas sarapan, ke Toledo untuk melawat Puerta de Bisagra, Mirador del Valle, Mosque of Cristo de la Luz yang dibina pada tahun 999, Alcantara Bridge dan Plaza de Zocodover berhampiran Alcazar of Toledo. Seterusnya ke Elvas di Portugal. Bermalam di Elvas.

  4. Hari 4

    Elvas - Lisbon - Elvas (Sarapan Pagi / Makan Malam)

    Selepas sarapan, ke Lisbon untuk melawat Jerónimos Monastery, Belém Tower, Monument of the Discoveries, Central Mosque of Lisbon dan Rossio Square, serta membeli-belah di Freeport Fashion Outlet. Bermalam di Elvas.

  5. Hari 5

    Elvas - Seville - Ecija (Sarapan Pagi / Makan Malam)

    Selepas sarapan, ke Seville untuk melawat Plaza de España, Royal Alcázar of Seville, Torre del Oro dan Giralda Tower, bekas menara masjid agung Seville. Bermalam di Ecija.

  6. Hari 6

    Ecija - Cordoba - Granada (Sarapan Pagi / Makan Malam)

    Selepas sarapan, ke Cordoba untuk melawat Masjid Cordoba yang masih mengekalkan ukiran ayat Al-Quran, tiang dan mihrab, serta kawasan bersejarah bandar lama. Seterusnya ke Granada. Bermalam di Granada.

  7. Hari 7

    Granada - Tarifa - Tangier (Sarapan Pagi / Makan Malam)

    Selepas sarapan, melawat Istana Alhambra dan Generalife, kawasan Albayzin Muslim Quarters dan Great Mosque of Granada dengan pemandangan ke arah Alhambra. Kemudian menaiki feri dari Tarifa merentasi Selat Gibraltar ke Tangier, Maghribi. Bermalam di Tangier.

  8. Hari 8

    Tangier - Rabat (Sarapan Pagi / Makan Malam)

    Selepas sarapan, ke Rabat untuk melawat Kasbah of the Udayas, Hassan Tower, Mausoleum of Mohammed V dan Royal Palace of Rabat. Bermalam di Rabat.

  9. Hari 9

    Rabat - Casablanca - Marrakesh (Sarapan Pagi / Makan Malam)

    Selepas sarapan, ke Casablanca untuk melawat Masjid Hassan II dengan menara setinggi 210m. Seterusnya ke Marrakesh dan melawat Menara Gardens. Bermalam di Marrakesh.

  10. Hari 10

    Marrakesh - Istanbul (Sarapan Pagi)

    Selepas sarapan, melawat Jemaa el-Fnaa dengan bazar di kawasan Medina, Bahia Palace dan Masjid Koutoubia. Kemudian bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang (transit di Istanbul).

  11. Hari 11

    Istanbul - Kuala Lumpur

    Tiba di KLIA Terminal 1, Kuala Lumpur.

Harga seorang

JenisHarga
Dewasa Twin2 dewasa sebilikRM 10,590
Dewasa Triple3 dewasa sebilikRM 10,590
Single1 dewasa, bilik sendiriRM 12,590
Kanak-kanak TwinSebilik dengan 1 dewasaRM 10,590
Kanak-kanak dengan katilKatil tambahan, sebilik dengan 2 dewasaRM 10,060
Kanak-kanak tanpa katilTiada katil sendiri, sebilik dengan 2 dewasaRM 9,531

Harga termasuk tiket penerbangan. Oleh kerana tambang penerbangan sentiasa berubah, ini ialah harga permulaan — kami akan mengesahkan harga akhir apabila anda menghubungi kami.

Borang Tempahan

Isi borang ini untuk menempah tempat. Tiada bayaran dikenakan sehingga tempahan anda disahkan oleh pasukan kami.

Butiran anda

Perjalanan anda

Bilangan peserta

Pilih bilangan orang untuk setiap jenis harga.

  • Dewasa Twin

    RM 10,590 seorang · 2 dewasa sebilik

  • Dewasa Triple

    RM 10,590 seorang · 3 dewasa sebilik

  • Single

    RM 12,590 seorang · 1 dewasa, bilik sendiri

  • Kanak-kanak Twin

    RM 10,590 seorang · Sebilik dengan 1 dewasa

  • Kanak-kanak dengan katil

    RM 10,060 seorang · Katil tambahan, sebilik dengan 2 dewasa

  • Kanak-kanak tanpa katil

    RM 9,531 seorang · Tiada katil sendiri, sebilik dengan 2 dewasa

Tiada bayaran dikenakan sehingga tempahan disahkan.

Kami hanya akan menggunakan maklumat anda untuk menguruskan permohonan tempahan ini. Baca notis privasi

WhatsAppTelefon