Langkau ke kandungan
10H8M Afrika Selatan — gambar 1 daripada 5

1 / 5

Luar Negara

10H8M Afrika Selatan

  • 10 hari, 8 malam
  • Bilik twin, triple atau single

Tentang pakej ini

Pakej percutian 10 Hari 8 Malam ke Afrika Selatan ini membawa anda dari Johannesburg dan Pretoria ke Garden Route (Knysna dan Oudtshoorn), safari di Aquila Private Game Reserve, Hermanus dan Cape Town. Antara tarikan utama ialah Knysna Lagoon Cruise, Cango Caves, ladang burung unta, Table Mountain Aerial Cableway, Bo-Kaap, Kirstenbosch Botanical Garden, Circe Seal Island Cruise, Chapman's Peak, Cape of Good Hope dan penguin di Boulders Beach. Penerbangan dengan Emirates.

Tarikan utama

  • Kirstenbosch Botanical Gardens: Taman Botani Negara yang diiktiraf antara terbaik di dunia sejak tahun 1913, terletak di lereng timur Table Mountain, Cape Town.
  • Circe Seal Island Cruise: Pelayaran kira-kira 40 hingga 60 minit di mana pengunjung dapat melihat hutan kelp dan hidupan laut di Pulau Duiker (Seal Island).
  • Cango Wildlife Caves: Keajaiban semula jadi dengan stalaktit, stalagmit dan formasi batu yang terbentuk sejak berjuta-juta tahun lampau.
  • Chapman's Peak: Jalan pantai berbatu yang menawarkan pemandangan 180 darjah, di mana pengunjung boleh berhenti dan mengambil gambar pemandangan yang sangat indah.

Termasuk dalam pakej

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengah hari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut atur cara.
  • Bayaran masuk ke tempat lawatan mengikut atur cara: Voortrekker Monument, Knysna Lagoon Cruise, Ostrich Farm, Cango Caves, PM Game Drive, Table Mountain Aerial Cableway, Kirstenbosch Botanical Garden, Circe Seal Island Cruise, Cape Funicular Return Cable Car, Hermanus Whale Cruise, Bo-Kaap Museum dan Abalone Farm.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

Tidak termasuk

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, musim puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain daripada yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan untuk lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara-perkara lain selain daripada yang dinyatakan di dalam atur cara dan pakej termasuk.

Itinerari

  1. Hari 1

    Kuala Lumpur - Dubai - Johannesburg

    Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Johannesburg (transit di Dubai).

  2. Hari 2

    Johannesburg - Pretoria - Johannesburg (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Tiba di Johannesburg dan ke Pretoria untuk bergambar di Union Buildings, melawat Church Square dan bergambar di Voortrekker Monument. Masa bebas di Mall of Africa. Bermalam di Johannesburg.

  3. Hari 3

    Johannesburg - George - Knysna (Sarapan Pagi / Makan Malam)

    Selepas sarapan, menaiki penerbangan domestik ke George dan bergerak ke Knysna. Menaiki Knysna Lagoon Cruise. Bermalam di Knysna.

  4. Hari 4

    Knysna - Oudtshoorn (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Selepas sarapan, ke Oudtshoorn untuk lawatan sejarah di Cango Caves Heritage Tour dan melawat burung unta di Ostrich Farm. Bermalam di Oudtshoorn.

  5. Hari 5

    Oudtshoorn - Aquila Private Game Reserve (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Selepas sarapan, bergerak ke Aquila Private Game Reserve untuk lawatan safari melihat hidupan liar. Bermalam di Aquila Private Game Reserve.

  6. Hari 6

    Aquila Private Game Reserve - Hermanus - Cape Town (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Selepas sarapan, mengunjungi ladang penternakan Abalone Farm dan masa bebas di Hermanus Bay. Seterusnya ke Cape Town. Bermalam di Cape Town.

  7. Hari 7

    Cape Town (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Selepas sarapan, menaiki kereta kabel Table Mountain Aerial Cableway, mengunjungi Bo-Kaap Museum, menikmati Kirstenbosch Botanical Garden melalui Centenary Tree Canopy Walkway dan melawat kilang pembuatan berlian (Diamond Factory). Bermalam di Cape Town.

  8. Hari 8

    Cape Town - Cape Peninsula (Sarapan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam)

    Selepas sarapan, lawatan ke Cape Peninsula dengan menaiki bot Circe Seal Island Cruise, bergambar di Chapman's Peak, mengunjungi Cape of Good Hope Nature Reserve dan melihat penguin di Boulders Beach. Bermalam di Cape Town.

  9. Hari 9

    Cape Town - Dubai (Sarapan Pagi)

    Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur (transit di Dubai).

  10. Hari 10

    Dubai - Kuala Lumpur

    Tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur.

Harga seorang

JenisHarga
Dewasa Twin2 dewasa sebilikRM 16,590
Dewasa Triple3 dewasa sebilikRM 16,590
Single1 dewasa, bilik sendiriRM 19,090
Kanak-kanak TwinSebilik dengan 1 dewasaRM 16,590
Kanak-kanak dengan katilKatil tambahan, sebilik dengan 2 dewasaRM 15,760
Kanak-kanak tanpa katilTiada katil sendiri, sebilik dengan 2 dewasaRM 14,931
Bayi0–2 tahunRM 400

Harga termasuk tiket penerbangan. Oleh kerana tambang penerbangan sentiasa berubah, ini ialah harga permulaan — kami akan mengesahkan harga akhir apabila anda menghubungi kami.

Borang Tempahan

Isi borang ini untuk menempah tempat. Tiada bayaran dikenakan sehingga tempahan anda disahkan oleh pasukan kami.

Butiran anda

Perjalanan anda

Bilangan peserta

Pilih bilangan orang untuk setiap jenis harga.

  • Dewasa Twin

    RM 16,590 seorang · 2 dewasa sebilik

  • Dewasa Triple

    RM 16,590 seorang · 3 dewasa sebilik

  • Single

    RM 19,090 seorang · 1 dewasa, bilik sendiri

  • Kanak-kanak Twin

    RM 16,590 seorang · Sebilik dengan 1 dewasa

  • Kanak-kanak dengan katil

    RM 15,760 seorang · Katil tambahan, sebilik dengan 2 dewasa

  • Kanak-kanak tanpa katil

    RM 14,931 seorang · Tiada katil sendiri, sebilik dengan 2 dewasa

  • Bayi

    RM 400 seorang · 0–2 tahun

Tiada bayaran dikenakan sehingga tempahan disahkan.

Kami hanya akan menggunakan maklumat anda untuk menguruskan permohonan tempahan ini. Baca notis privasi

WhatsAppTelefon